Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Ok mata dalam kaca topi berceloreng
Sarung tangan hitam atas muka ada topeng
Hanya perlu siul tidak tekan loceng
Hero sudah sampai cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan mula kisah dongeng
Tinggalkan dataran puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari what
Tinggalkan dataran puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga moga jumpa syurga
Tidak kira mana kembara membawa
Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Buku merah jangan lupa bawa
Moga moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama