Walau senyum indah cahaya
Walau bibir indah berkata
Sendiri bertemankan purnama
Di saat diri ini tak berteman
Adakah mampu aku terus berjalan
Ku hanya mampu tuk berdoa
Gelap ku menanti bulan menyinar agar bercahaya oh
Aku berjanji akan kucari diri ini
Yang lemas di dalam mimpi
Walau senyum indah cahaya
Walau bibir indah berkata
Sendiri bertemankan purnama
Ku sedar diri ini tidak sempurna
Senyuman menutupi hati yang luka
Kuatkan hati diri takkan menyerah
Apa ku harus berikan hati
Aku berjanji akan kucari diri ini
Yang lemas di dalam mimpi
Janji aku tidak akan menyerah
Resah tapi tidak akan berserah
Setia walau sendiri menanti
Ku dicipta bukan untuk mengalah
Masih bersyukur walaupun merana
Kerana setiap apa yang ada
Punyai sinar cahaya tak berkata
Walau senyum indah cahaya
Walau bibir indah berkata
Sendiri bertemankan purnama
Tanpa sedar hidup ini perlu kesedaran
Tanya pada hati adakah jiwa ini perlukan kemenangan
Menjadi watak yang berbeza
Aku angkat kedua tangan menanti jawapan biru malam