LyricFind Logo
LyricFind Logo
Profile image icon
Lyric cover art

TETAP BERDIRI

Apple Music logo
Deezer logo
Spotify logo
Lyrics
Ramai memilih jalan yang mudah
Saat benar mula dipersalah
Suara kecil tenggelam sudah
Dalam dunia penuh muslihat
Langit tetap menjadi saksi
Tak semua mampu membeli hati
Walau gelita menutup pagi
Masih ada cahaya menanti
Jika langkah ini terhenti
Biarlah kerana jasadku rebah
Bukan kerana aku menyerah
Pada kebatilan yang megah
Aku tak mencari nama
Aku tak mengejar dunia
Jika Haq memanggil jiwa
Di situ langkahku bermula
Walau seluruh dunia berubah
Walau gelap menguasai arah
Selagi nafas masih di dada
Aku tetap berdiri
Bukan pedang yang memberi kuat
Bukan baju besi yang menyelamat
Hati yang yakin kepada Tuhan
Itulah benteng sepanjang zaman
Andai aku jatuh hari ini
Bangkitku bukan kerana diri
Tetapi demi mereka nanti
Yang masih mencari cahaya ini
Bila dunia memilih diam
Bila kebencian menjadi bahasa
Bila manusia lupa siapa dirinya
Aku hanya punya satu pilihan
Memilih
Haq
Aku tak mencari nama
Aku tak mengejar dunia
Jika Haq memanggil jiwa
Di situ langkahku bermula
Tiada takut selain Dia
Tiada tunduk pada dusta
Selagi benar masih bernyawa
Aku tetap berdiri
Walau seorang
Aku tetap berdiri..

WRITERS

TGR Daeng, Mohammad Farhan Redzuan

PUBLISHERS

Lyrics © O/B/O DistroKid

Share icon and text

Share


See A Problem With Something?

Lyrics

Other