LyricFind Logo
LyricFind Logo
Profile image icon
Lyric cover art

Sirna Dalam Tajjali

Apple Music logo
Deezer logo
Spotify logo
Lyrics
Sirna Dalam Tajalli
Dari akar sari pati madu aku dilakar
Roh suci melayang dari takdir al-Akbar
Titisan Arasy dalam jasad musafir
Merantau ke dunia, mencari siapa yang hadir
Cermin retak di wajah nurani
Bayang-bayang ego yang masih bersemi
Tuhan tak pernah hilang dari pandang
Kau yang rabun, jiwa terbelenggu temberang
Degup jantung - zikir rahsia bergema
Dalam rindu yang tak bernoktah
Jangan biar nafsu jadi fatamorgana
Sedang kekasih abadi menanti di sana
Oh Tuhan, aku sirna dalam tajalli
Wujud ini musnah di hadapan cahaya-Mu yang asli
Dalam sujud aku pulang, aku mengaku
Bahawa cinta-Mu yang satu, yang tak pernah jemu
Pandanglah ke samudera hati
Diam itu bukan mati
Itulah Nur yang tak pernah pergi
Bersemadi dalam nafas setiap hati
Langkahku luka, jalanku duka
Namun yang aku cari bukan dunia
Cuma bayangan kasih yang kekal
Izatti cinta yang takkan tergugah walau akal
Minumlah, dari kolam al-Khausar
Biar rindu ini membakar
Takkan dahaga walau neraka menggoda
Kerana aku tahu, cinta-Mu lebih nyala
Oh Tuhan, aku sirna dalam tajalli
Wujud ini musnah di hadapan cahaya-Mu yang asli
Dalam sujud aku pulang, aku mengaku
Bahawa cinta-Mu yang satu, yang tak ku nak jemu
Tiada yang wajib kau cinta, selain DIA
Tiada yang layak kau rindu, kecuali DIA
Sumpah ini bukan lagi ilusi
Ini jalan para wali menuju.. Baqa abadi hakiki..
Bersihkan halaman nurani
Biar bersinar hakikat insani
Dalam cahaya, aku lebur
Dalam cinta, aku hidup semula,
Takkan guntur dan luntur...

WRITERS

Saiful Baseri

PUBLISHERS

Lyrics © O/B/O DistroKid

Share icon and text

Share


See A Problem With Something?

Lyrics

Other