Jam locengku memekik dan menyanyi
Untukku tinggalkan lagi semua yang tercinta
Namun ku janji ku tak akan nangis
Bertemankan bekal hati kekasih dan memori
Harap kau tahu bukan niatku
Walaupun terpisah beribu batu
Pasti kau turut merasa hadirku di sampingmu
Bukan ku mahu jauh darimu
Ring ring ring telefonku berdering
Apa khabar kamu kau tanya khabarku
Aku berjanji bintang bersaksi
Takkan pergi mana tiada lain yang ku cari
Jangan kau risau jangan kau bimbang
Kalau rinduku beli tiket kapal terbang
Hey Hanie hantar satu selfie
Esok jangan lupa untuk hantar lagi
Baru aku hantar aku punya sendiri
WRITERS
OMAR KHAN BIN RAHMATTULLAH KHAN, MICHAEL WAI KEONG CHAN, . ELSHAFY, AHMAD FAIZAL BIN MOHD TAHIR