Dan aku sendiri lagi bersarang dalam kamar gelap ini
Terus memaki diri fobia dengan realiti
Aku perlu berdiri diatas kaki dan mulakan intradiri
Aku tenung ke dalam mataku
Berteriak-pesan kepada aku
Walau apa terjadi didunia ini
Aku akan okay aku akan okay
Selagi aku ada dirimu aku tahu
Aku akan okay aku akan okay
Masih aku ingat pesan Ash
Memang kita buat salah tapi jangan pernah salahkan diri kita
Dan pujangga merah bermadah
Saya teringin tengok awak sayang awak macam awak sayang saya
Memang hidup kadang dan selalu sukar
Terkoyak semua dicerai bakar
Tidak ini bukan satu rungutan cuma sealun ingatan
Cuba dan cuba teruskan hidup yang terselit indahan
Dan aku tak dikurnia senang dan harta
Namun masih diselimut suaman cinta
Dari pada sejumlah adiwira manusia dan Sang Pencipta Pemberi Asa
Teruskan saja dan jalan lagi
Walau apa terjadi didunia ini
Aku akan okay aku akan okay
Selagi aku ada dirimu aku tahu
Aku akan okay aku akan okay
Dalam peti surat depan rumah ada sekeping surat untuk aku dari pada aku
Katanya wahai cinta wahai sayang
Jangan pernah lagi kau hilang
Aku ada Tuhan ada mereka ada
Yang lalu jangan kau kenang
Yang kelak jangan kau bimbang
Tulis hikayat hidupmu dengan tenang dan senang
Cuba hidup sebelum ku mati (aku akan okay)
Merangkak kalau tak dapat lari (aku akan okay)
Walau apa pun yang kan terjadi (aku akan okay)
Aku tahu aku akan okay (aku akan okay)
Cuba hidup sebelum ku mati (aku akan okay)
Merangkak kalau tak dapat lari (aku akan okay)
Walau apa pun yang kan terjadi (aku akan okay)
Aku tahu aku akan okay (aku akan okay)